Monday, January 23, 2017


Kek Coklat Moist Tanpa Susu Pekat Manis

Assalamualaikum. Terima kasih kerana sudi menziarahi blog Zie.

Hari tu Zie ada buat kek coklat moist. Rumah Zie kehabisan susu pekat manis dan memang jarang beli pun.

Susu pekat manis ni tinggi kolesterol  jugak.

Oleh itu Zie pun tinjau resepi kek coklat moist yang tak guna susu pekat.

Zie ambil daripada blog  cik tom

Terima kasih banyak ye.

Sedap kek ni. Cuma kalau nak dibandingkan dengan resepi yang Zie pernah buat sebelum ni, kek ni kurang lemak sikit. Klik resepi kek coklat moist yang  Zie pernah cuba  di sini

Walau apapun sedap, lazat dan terasa kelembapannya.


Jom layan resepi

Resepi Kek Coklat Moist

1 cawan serbuk coklat

1 cawan gula


1 cawan minyak masak 


1 1/2 cawan tepung gandum

1 tin susu cair  ( Zie guna air yang dibancuh susu tepung = 400ml)


1 1/2 sudu kecil soda bikabonat

1 1/2 sudu kecil serbuk penaik


2 biji telur


Cara-cara masakan

1) Sebelum kita bancuh bahan-bahan, didihkan air di dalam alat kukusan.

2) Telur dipukul sehingga kembang.


3) Masukkan gula dan pukul sehingga sebati.

4) Susu cair dan minyak masak dicampur ke dalam  adunan telur dan gula tadi. (adunan basah)

5) Pukul adunan basah sehingga sebati.

6) Serbuk coklat, tepung gandum, serbuk penaik dan soda bikarbonat di tapis dan digaul sekali. (adunan kering)

7) Masukkan adunan kering sedikit demi sedikit ke dalam adunan basah sambil kacau secara aduk balik.


8) Sediakan loyang kek yang sudah disapu dengan majerin atau kertas minyak.

9) Masukkan adunak kek.

10 ) Kukus sehingga masak kira-kira 45 minit. (tempoh masa kek siap masak bergantung kepada saiz loyang kek dan saiz api yang digunakan tapi sebaiknya pantau pada masa 30 minit)
*untuk cek masak ke tak kek ini boleh cek dengan cucuk kek menggunakan lidi. kalau takde apa yang melekat pada lidi bermakna kek tu dah masak.


11) Selepas masak, cairkan bar coklat dan sapu di atas dan sekeliling kek. (optional)

* kek perlu disejukkan dahulu sebelum di sapu coklat.

12) Letakkan hiasan dan masukkan ke dalam peti sejuk untuk keraskan coklat hiasan.


 Kek siap untuk dimakan.


Zie buat resepi ni 2 kali. Kali ke dua, Zie buat 2 biji kek. Alhamdulillah menjadi dengan elok. Buat banyak tu sebab nak bagi jiran juga. 

Maklumlah dah lama tak berbagi makanan kat jiran.

Selamat mencuba. 

 


Ingin mendapatkan suplemen terbaik untuk keluarga?

Ingin menjana pendapatan 3-4 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah?

Hubungi Zie

Free Consultation

Affordable Price  And

Bussiness Opportunity With Shaklee!!!
Suzy Erniza Ismail
Shaklee ID (1141937)
hannanaufal@yahoo.com
013 9897720 (whatsApp/call/sms)

 



Wednesday, January 18, 2017

Risiko Darah Tinggi Semasa Hamil

 

Apa itu tekanan darah tinggi semasa hamil


Assalamualaikum. 

Zie doakan semoga masa mommies hari ini diberkati Allah selalu.

Hari ini Zie nak membuat perkongsian tentang darah tinggi semasa hamil.

Darah tinggi semasa hamil dipanggil juga hipertensi.

Ia merupakan keadaan di mana tekanan darah wanita hamil meningkat melebihi normal.

Seseorang wanita dikatakan mendapat darah tinggi semasa hamil apabila bacaan darah tinggi melebihi 140/90 atau bacaan diastolik sahaja melebihi 90mmHg.

Kekerapan darah tinggi semasa hamil berlaku ialah 10 - 15 orang dan 100 kehamilan.

  Jenis jenis darah tinggi semasa hamil

 Ada 3 jenis darah tinggi semasa hamil iaitu 

1.  Gestational Hypertension

Apabila mommies mempunyai bacaan tekanan darah tinggi seperti di atas dan ujian air kencing menunjukkan tiada kandungan protein.

Ia berlaku selepas 20 minggu kehamilan sehingga 12 minggu selepas bersalin.

2.  Chronic Hypertension

Apabila mommies mempunyai bacaan tekanan darah  tinggi seperti di atas dan ujian air kencing menunjukkan tiada protein.

Ia berlaku sebelum 20 minggu kehamilan lagi atau selepas 12 minggu bersalin

3.  Preeclampsia 

Apabila mommies  disahkan mengidap Gestational Hypertention atau Chronic Hypertention dan ujian air kencing menunjukkan kehadiran protein.

Jika tidak dirawat segera ia memudaratkan  mommies dan kandungan.

 

Siapa yang berisiko mendapat hipertensi semasa hamil ?

1. Pertama kali hamil.

2. Berumur kurang daripada 20 tahun atau lebih 35 tahun.

3. Mempunyai sejarah hipertensi pada kehamilan dulu.

4. Kandungan kembar

5. Mempunyai berat badan berlebihan atau obesiti sebelum   hamil.  

5.Mempunyai kakak atau ibu yang pernah mengalami masalah ini semasa hamil.

6. Wanita yang mengidap hipertensi dan diabetis.

 

Tanda - Tanda Darah Tinggi Semasa Hamil

1. Sakit kepala yang teruk

2. Penglihatan yang kabur

3. Rasa tidak sihat

4. Sakit ulu hati

5. Loya dan muntah

6. Bengkak seluruh badan (  muka  sembab, tangan dan kaki bengkak)

7. Sesak nafas


Jika mommies mengalami tanda - tanda seperti di atas, segera dapatkan pemeriksaan di klinik untuk mendapat kepastian.

Biasanya doktor akan memeriksa mommies 3 perkara  iaitu 

1. Tekanan darah

2. Berat badan

3. Air  kencing


Risiko Darah Tinggi Semasa Hamil Yang Tidak Dirawat

 

Kesan pada ibu

 

1. Sawan

Risiko untuk berlaku sawan untuk mommies yang mengidap tekanan darah tinggi jenis ke 3 iaitu Preeclampsia.

2. Strok

Ia berlaku apabila salur darah pecah di otak .

3. Tekanan darah semakin meningkat dan tidak terkawal

4. Fungsi buah pinggang dan hati terjejas  

Ini menyebabkan protein terdapat dalam air kencing. (air kencing kotor)

5. Uri terpisah pada rahim ( mengakibatkan bayi mati dalam kandungan)

 Ini berlaku kerana aliran darah yang kurang ke placenta.

Placenta boleh tercabut daripada tempat asal.

Fenomena ini dinamakan 'abruptio placenta' .

Pendarahan yang banyak dan mengancam nyawa bayi. 

6. Darah gagal membeku

Ia berlaku apabila buah pinggang dan fungsi hati terjejas

 

Kesan pada bayi

 

1.  Mati dalam kandungan

Ia berlaku apabila perkembangan bayi terbantut apabila kekurangan oksigen dan nutrisi.
Bayi boleh mati mengejut di dalam kandungan. 

2. Kurang berat lahir

Ini berlaku kerana kurang pengaliran darah ke placenta. Apabila ini berlaku bayi akan mengalami kekurangan nutrisi dan oksigen.

Perkembangan bayi akan terbantut dan berisiko tinggi untuk melahirkan bayi kurang berat.

3. Kelahiran tak cukup bulan

Ia dinamakan kelahiran pramatang.

Ia berlaku mungkin disebabkan bayi mendapat kurang oksigen sehingga memaksa untuk keluar lebih awal.

 

Sebab berlaku darah tinggi semasa hamil


Dulu saya selalu terfikir agaknya mommies yang kena darah tinggi semasa hamil disebabkan tak jaga makan  iaitu terlalu ambil banyak garam dalam makanan. 

Rupa- rupanya sangkaan saya salah sama sekali. 

Sebab- sebab terjadi darah tinggi tidak dapat diketahui lagi.

Namun ada yang berpendapat darah tinggi semasa hamil terjadi apabila salur darah dalam uri (spiral arteri) tidak dapat berkembang dengan sepatutnya.

Ini menyebabkan darah tidak dapat mengalir sempurna dan menyebabkan mommies mengalami tekanan darah tinggi semasa hamil.

Cara merawat darah tinggi semasa hamil

1.  Amalkan pemakanan yang sihat.

Boleh klik di sini

2. Minum air sekurang-kurangnya 8 gelas sehari

3.Kurangkan garam dalam makanan

4. Lakukan senaman ringan

5. Dapatkan rehat secukupnya.

6. Elak stress   

7. Kurangkan minuman berkafein

8. Baring dan tinggikan kaki lebih daripada aras jantung pada siang hari

 9. Amalkan Supplement yang boleh mengawal tekanan darah iaitu B Complex , Ostematrix dan Omega Guard.

 

 

Ingin mendapatkan suplemen terbaik untuk keluarga?
Ingin menjana pendapatan 3-4 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah?
Hubungi Zie

Free Consultation
Affordable Price  And
Bussiness Opportunity With Shaklee!!!
Suzy Erniza Ismail
Shaklee ID (1141937)
hannanaufal@yahoo.com
013 9897720 (call, sms)





Entry Terbaru Saya

Google+

Popular Posts

Kepakaran Saya

Saya ialah Pengedar Sah Shaklee di Kelantan.
(Shaklee 1D : 1141937)

Cash on Delivery (COD) sekitar Kok Lanas, Ketereh dan Kadok.

Penghantaran ke seluruh Malaysia, Singapura dan Brunei menggunakan Poslaju, GDex atau Citylink.

Dengan setiap pembelian vitamin di suzysyahimi@blogspot.com, anda layak mendapat:

- Jadual Makan Vitamin
- Konsultasi Percuma Berterusan
- Jemputan ke group Facebook exclusive
- Peluang menjana income dengan Shaklee

Hubungi Suzy Erniza Ismail di:
013-9897 720
hannanaufal@yahoo.com